Thursday, February 14, 2019

Pulang


---Nur Fieanna Natasha binti Rafizi
[penulis tamu dari Universiti Sains Malaysia (USM), seri Workshop Menulis Bebas]


Pesawat mendarat dengan mulus dan tepat jadwal. Aku turun dengan tanpa tergesa kerana
waktuku masih longgar. Pagi itu gerimis turun seolah-olah menyambut kedatanganku di kota yang telah lama aku tinggalkan. “Hei, rupanya kau ya?”, sentak seseorang sambil menepuk pundakku dari belakang. Aku menoleh kebelakang dengan kebingungan kerana tiada siapa yang bakal menjemputku di sini. Dia langsung memeluk tubuhku seolah sudah mengenalku rapat sambil dia berkata “akhirnya kau pulang juga”. Aku hanya mampu tersenyum namum raut wajahku tidak mampu untuk menipu bahawa aku tidak mengenali dirinya. Lalu tanpa segan aku bertanya “maaf, anda ini siapa?”. Lalu dia menjawab “iya aku tahu kamu pasti tidak mengingatimu tapi tidak apa-apa asalkan aku ingat pada tanah airmu. Aku ini pemandu grab yang telah menghantar kamu ke sini dulu.” Setelah itu aku langsung mengingat kembali kisah silamku yang telah menyebabkan aku meninggalkan kota ini dan juga meninggalkan orang tuaku. 
Dia berkata lagi, “dahulunya kamu sewaktu di mobil mukanya seperti mau memakan orang. Kamu sangat marah pada ketika itu. 

Tapi aku senang melihat kamu sekarang. Kamu punya wajah yang tenang seperti orang-orangnya di sini.” Canda lelaki tersebut. Lalu aku berkata, “iya, bapak sudah ku ceritakan semuanya sewaktu dalam perjalanan ke sini. Aku memang sangat galau ketika itu. Siapa yang tidak kecewa jika orang tua sendiri menghalau anaknya sendiri tanpa usul periksa terlebih dahulu. 1 tahun selepas aku meninggalkan kota ini, ternyata aku terbukti tidak bersalah. Bukan aku yang mencuri uang orang tuaku tetapi abangku sendiri kerana memerlukan wang untuk bermain judi. Abangku ditangkap sewaktu cuba untuk memecah masuk rumah orang. Setelah itu, dia mengaku kepada orang tuaku bahawa bukan aku yang melakukan kecurian tetapi dirinya sendiri. Adikku yang menelefon dan menceritakan segalnya ke aku. Terima kasih bapak yang sudah memberi nasehat dahulunya supaya sentiasa berpikir setiap tindakan atau keputusan yang dilakukan. 

Pelukan bapak dulu adalah pelukan aku yang terakhir. Haha.” Ketawaku. Ternyata dia masih lagi membawa grab. Aku menaiki mobilnya lalu menuju ke kuburan ibuku yang tidak sempat aku lihatnya buat kali terakhir.

2 comments: